Terkait dadah, pelakon Indonesia diberkas kali kedua - Utusan Malaysia

Terkait dadah, pelakon Indonesia diberkas kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis Indonesia mengesahkan pihaknya telah menahan Rio Reifan berhubung jenayah penyalahgunaan dadah mengaitkan pelakon tersebut. 

Penangkapan itu disahkan ketua hubungan masyarakat Polis Daerah Metro Jaya, Ade Ary Syam menerusi kenyataan yang dikongsikan kepada portal Liputan6.

“Kami sudah membuat semakan kepada balai polis Metro Jakarta Barat, benar saudara RR (Rio Reifan) sudah ditahan berhubung kes penyalahgunaan dadah.

“Polis kini sedang melakukan siasatan dan pemeriksaan terperinci,” jelasnya.

Lapor portal itu lagi, penangkapan tersebut adalah yang kedua selepas pelakon berkenaan, pada 19 April 2021 ditangkap kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 0.21 gram.

Rio, ketika itu dberkas polis di kediamannya yang berlokasi dekat Jalan Otista, Jakarta Timur di sini.

Turut ditangkap adalah rakannya yang hanya dikenali sebagai SA.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×