Kadar penerimagunaan 5G meningkat hampir 36 peratus - Utusan Malaysia

Kadar penerimagunaan 5G meningkat hampir 36 peratus

FAHMI Fadzil (baju putih) melawat reruai pameran semasa lawatan ke PoP Zon Utara di SMK Padang Besar Utara, Perlis hari ini.-UTUSAN/SYED AZLAN SAYIH HIZAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Kadar penerimagunaan liputan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lalu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia pencapaian yang baik dalam tempoh beberapa bulan sahaja memandangkan penerimagunaan liputan 5G sebelum ini hanya sekitar 12 hingga 15 peratus pada November 2023.

“Dalam tempoh cuma lima hingga enam bulan kita telah berjaya meningkatkan daripada kira-kira 15 peratus ke lebih 35 peratus dan hampir 36 peratus sekarang.

“Saya lihat ramai yang memanfaatkan capaian internet terutama pakej-pakej 5G yang disediakan.

“Baru-baru ini, saya telah meminta supaya pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia meneliti supaya kita boleh pertimbang mengadakan perbincangan dengan penyedia perkhidmatan rangkaian 5G untuk menyediakan pakej 5G bagi mahasiswa,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Hab Rangkaian Gentian Optik Point of Presence (PoP) Zon Utara di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Besar Utara di sini hari ini.

Sementara itu Fahmi berkata, kerajaan dijangka mengumumkan rangkaian kedua 5G pada minggu hadapan yang dilihat akan membawa implikasi positif dan besar dari segi liputan serta penerimagunaan perkhidmatan tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×