Agricore dapat kelulusan penyenaraian di Pasaran ACE - Utusan Malaysia

Agricore dapat kelulusan penyenaraian di Pasaran ACE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembekal bahan makanan Agricore CS Holding Berhad (Agricore) mendapat kelulusan untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Securities Berhad menjelang Jun 2024.

Pengarah Urusan Agricore, Onn Boon Khong berkata, kelulusan penyenaraian itu merupakan satu peristiwa penting dalam perjalanan syarikat untuk menjadi entiti tersenarai.

Jelasnya, tawaran awam permulaan (IPO) akan melibatkan penerbitan 51.7 juta saham baharu, mewakili 25.5 peratus daripada modal saham syarikat yang diperbesarkan semasa penyenaraian.

Katanya, daripada jumlah saham tersebut, sejumlah 10.1 juta akan ditawarkan kepada orang awam melalui undian manakala 10.1 juta untuk pengarah, kakitangan dan individu yang menyumbang kepada Kumpulan Agricore di bawah peruntukan khas.

“Sebanyak 25.4 juta saham baharu pula dikhaskan untuk penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Selain itu, sebanyak 6.1 juta saham baharu daripada baki tersebut pula diperuntukkan untuk penempatan persendirian kepada pelabur terpilih,” ujarnya.

Katanya, kumpulan akan terlibat dalam penyumberan dan pengedaran bahan makanan pertanian berasaskan tumbuhan serta pengeluaran dan penjualan bahan tambahan dan bawang merah goreng.

“Dengan IPO ini, Agricore akan memiliki fleksibiliti kewangan yang lebih besar untuk mengejar peluang pertumbuhan masa depan di samping dapat meningkatkan reputasi kumpulan kami dalam pasaran produk,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×