Semua anak mangsa diberi RM1,000 dalam akaun SSPN

Semua anak mangsa diberi RM1,000 dalam akaun SSPN

BALU Allahyarham Muhamad Amir Mohamad, Marliyati Basri mendukung anak bongsunya Muhamad Yusof sambil ditemani dua lagi anaknya, Nuraina Farhana, 16 (kanan) dan Nurlaila shafiqa, 13 (dua dari kanan) di Tanah Perkuburan Islam Felcra Bukit Kepong, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Semua anak mangsa kemalangan dua helikopter yang terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menerima RM1,000 sebagai simpanan permulaan dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Pada masa sama, mana-mana anak mangsa yang belajar di universiti, akan dikecualikan membayar yuran sehingga akhir pengajian mereka.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, keputusan itu dibuat sebagai usaha mengurangkan beban keluarga mangsa dan sudah mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Data menunjukkan ada 21 anak mangsa yang akan diberi akaun SSPN secara percuma. Kita akan kemas kini bilangan sebenar anak mangsa yang terlibat,” katanya ketika ditemui selepas menziarahi keluarga Pegawai Waran II Mohd. Shahrizan Mohd. Termizi, di Batu 10 Lekir semalam.

Menurutnya, tabungan seperti itu akan memudahkan mereka untuk menerima bantuan lain pada masa depan.

Beliau berkata, dengan adanya simpanan SSPN itu, akan memudahkan bantuan disumbangkan termasuk oleh agensi-agensi lain.

Bagi pengecualian yuran pendidikan di universiti pula, Zambry menjelaskan setakat ini hanya seorang sahaja anak mangsa iaitu Nurul Shahfiqah Mohd. Shahrizan, 21, yang belajar di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Jelasnya lagi, pihaknya juga akan mendapatkan maklum balas daripada pihak kerajaan bagaimana mahu membantu mereka melanjutkan pengajian pada masa depan.

Katanya, keputusan itu dibuat bagi memastikan mereka tidak menghadapi masalah dalam melanjutkan pengajian mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN