WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat (AS) meluluskan undang-undang yang memerlukan aplikasi media sosial yang sangat popular, TikTok dilupuskan daripada syarikat induk Chinanya ByteDance atau ditutup daripada pasaran negara itu.
Lapor CNA, langkah itu adalah sebahagian daripada pakej bantuan asing AS$95 bilion (RM453.888 bilion) termasuk bantuan ketenteraan ke Ukraine, Israel dan Taiwan;
Undang-undag itu kini menuju ke meja Presiden Joe Biden untuk ditandatangani.
AS dan pegawai Barat lain menyuarakan kebimbangan mengenai populariti TikTok dengan golongan muda, mendakwa ia membenarkan Beijing mengumpul data dan mengintip pengguna.
Ia mempunyai 170 juta pengguna di AS sahaja.
Pengkritik ini juga mengatakan TikTok tunduk kepada Beijing dan saluran untuk menyebarkan propaganda.
China dan syarikat itu bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini.










