Malaysia gesa sambung bantuan kepada UNRWA

Malaysia gesa sambung bantuan kepada UNRWA

SEORANG lelaki yang memakai jaket Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) memantau sepanjang penempatan warga Palestin yang musnah akibat dibedil Israel, baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia menggesa negara-negara yang menggantung sumbangan mereka kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) supaya meneruskan semula bantuan kewangan.

Ini bagi membolehkan badan berkenaan menjalankan tanggungjawabnya dalam me­nyalurkan bantuan kemanusiaan termasuk perlindungan kesihatan, pendidikan dan kebajikan rakyat Palestin di Gaza.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan memaklumkan, ini susulan hasil siasatan laporan akhir penilai bebas yang menolak tuduhan Israel me­ngaitkan penglibatan kakitangan UNRWA dengan organisasi-organisasi pengganas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Israel secara berterusan menyebarkan propaganda peni­puan, tipu daya dan gambaran yang salah mengenai fungsi dan aktiviti-aktiviti UNRWA.

“Tuduhan yang tidak berasas oleh Israel itu bukan sahaja memburukkan reputasi organisasi berkenaan, malah menyebabkan beberapa negara penyumbang menggantung sumbangan kewangan mereka,’’ kata kenyataan itu.

Kumpulan Penilai Bebas ditubuhkan Setiausaha Agung PBB pada 5 Februari lalu untuk menyiasat dakwaan Israel ke atas kakitangan UNRWA yang ko­nonnya terlibat dengan serangan pada 7 Oktober tahun lalu.

Kajian bebas yang diketuai bekas Menteri Luar Perancis, Cathe­rine Colonna itu mendedahkan Israel tidak mengemukakan bukti yang boleh dipercayai untuk menyokong dakwaan itu.

Paling malang, tuduhan terhadap UNRWA menyebabkan defisit pembiayaan yang besar apabila beberapa negara pen­derma dunia mengumumkan pemotongan pembiayaan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini