InterSystems, Imagelink Software wujudkan penyelesaian urusan dokumen korporat - Utusan Malaysia

InterSystems, Imagelink Software wujudkan penyelesaian urusan dokumen korporat

Direktor Negara, Platform Data, InterSystems, Kenneth Kuek dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Imagelink Software, Gwee Chee Seng.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyedia teknologi data kreatif, InterSystems dan peneraju penyelesaian pengurusan kandungan perusahaan, Imagelink Software berganding memesatkan transformasi digital perniagaan di Malaysia dalam pengelolaan dokumen secara efektif.

Menurut kenyataan InterSystems, penyelesaian pengurusan dokumen terbaharu Imagelink membantu organisasi dalam mendepani cabaran pendigitalisan, pengurusan dokumen dan pengautomasian aliran kerja.

Jelasnya, pengenalan sistem menyelesaikan pengurusan dokumen dapat membantu organisasi perniagaan, mahupun agensi kerajaan mengatur semula aliran kerja dan penyampaian produk serta perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.

“Dibina di atas platform data InterSystems IRIS, penyelesaian pengurusan dokumen ini membolehkan organisasi menyimpan dan memproses pelbagai jenis data dengan mudah.

“Selain itu, ia membolehkan mereka mengenal pasti jurang proses dan memanfaatkan kuasa kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin bagi pihak ketiga,” katanya.

Menurutnya, InterSystems IRIS mempercepat usaha penggabungan dan membolehkan Imagelink membenamkan keupayaan baharu seperti teknologi kalis kuantum dengan cepat.

“InterSystems IRS menawarkan ciri utama seperti mempunyai pangkalan data berprestasi tinggi dan berbilang model dengan menyediakan data dan dokumen yang pelbagai.

“Sistem tersebut juga mempunyai keupayaan dalam penyusunan grafik berkod rendah bagi pengautomasian aliran kerja yang lancar dan papan pemuka kecerdasan perniagaan interaktif untuk analisis mahupun membuat keputusan,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Imagelink Software, Gwee Chee Seng berkata, gabungan kepakaran Imagelink dengan keupayaan kendalian InterSystems IRIS akan meningkatkan kecekapan memperkasa organisasi dan operasi mereka.

“Pengenalan terhadap sistem baharu,diyakini merupakan penyelesaian efektif dalam pengurusan perniagaan, adalah seiring dengan gesaan kerajaan sebelum ini yang menginginkan peningkatan dalam inovasi data awam dan perkhidmatan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Negara, Platform Data, InterSystems, Kenneth Kuek berkata, di
InterSystems, penyelesaian platform data mereka memacukian inovasi dalam seni bina data pada tahap perusahaan.

“Ini membolehkan organisasi membuat penyesuaian mengikut peredaran industri, memenuhi keperluan pengawalseliaan yang sentiasa berubah, di samping mencepatkan proses membuat keputusan.

“Dalam masa yang sama, para pembangun perisian dapat membina aplikasi di atas InterSystems IRIS yang mematuhi amalan dan protokol standard industri, justeru menggalakkan saling kendalian dengan sistem-sistem dan teknologi lain,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×