Lelaki Israel: Keputusan pertuduhan 10 suspek di bawah SOSMA diketahui bulan depan

Lelaki Israel: Keputusan pertuduhan 10 suspek di bawah SOSMA diketahui bulan depan

RUSDI Mohd. Isa ketika sidang akhbar rampasan dadah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Keputusan sama ada terdapat pertuduhan atau tidak terhadap 10 individu termasuk tiga lelaki warga asing kerana disyaki mempunyai kaitan dengan lelaki Israel, Avitan Shalom bergantung kepada siasatan yang dibuat polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata kesemua individu berkenaan masih ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Kata beliau, mereka kini ditahan di lokap yang terletak di ibu negara.

“Tempoh tahanan SOSMA tujuh individu akan tamat pada 14 Mei manakala tiga lagi iaitu warga asing tamat pada 15 Mei ini..

“Seminggu sebelum itu, keputusan tuduh, bebas atau usir (bagi warga asing ditahan) adalah bergantung kepada siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rusdi turut mengesahkan seorang daripada warga asing yang ditahan merupakan pemegang pasport Ameika Syarikat dan masuk ke negara ini sebagai pelancong.

“Meskipun suspek memegang pasport US tidak semestinya dia berasal dari negara berkenaan. Siasatan masih dijalankan,” jelasnya.

Pada 19 April lalu, Rusdi mengesahkan 10 daripada 18 individu ditahan bagi siasatan kes berkaitan lelaki Israel, Avitan Shalom.

Daripada jumlah itu, tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah pun dituduh di mahkamah manakala lima lagi dibebaskan.

10 lagi individu yang sebelum ini direman bagi siasatan lanjut mengikut Akta Senjata Api ditahan semula di bawah SOSMA.

Siasatan itu dilakukan mengikut Seksyen 130v(1) Kanun Keseksaan kerana menganggotai kumpulan jenayah terancang. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×