Indeks Pencemaran Udara Sabah, Sarawak tahap baik dan sederhana

Indeks Pencemaran Udara Sabah, Sarawak tahap baik dan sederhana

SEBAHAGIAN penumpang terkandas akibat pembatalan penerbangan susulan letusan Gurung Ruang, Indonesia di KLIA, Sepang, Selangor, semalam. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Sabah dan Sarawak pada tahap baik dan sederhana meskipun letusan Gunung Berapi Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia menjejaskan operasi penerbangan kedua-dua negeri tersebut.

Berdasarkan kemas kini laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) sehingga 4 petang semalam, hanya enam stesen merekodkan bacaan sederhana antaranya Kimanis (72), Kota Kinabalu (66), Tawau (54), Sandakan (53) yang terletak di Sabah.

Selain itu, dua kawasan dalam Sarawak iaitu Samalaju dan Bintulu masing-masing merekodkan bacaan IPU 57 dan 56.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kawasan lain pula mencatatkan bacaan baik antaranya Keningau, Sabah dan Miri di Sarawak.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Kelmarin, Jabatan Meteorologi memaklumkan Gunung Berapi Ruang berketinggian 725m dari paras laut telah meletus pukul 9.45 pagi, 16 April lalu dan menjejaskan operasi penerbangan di Sabah dan Sarawak.

Ketinggian letusan yang dicerap adalah sehingga 55,000 kaki dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat.

Keadaan tersebut menyebabkan ribuan penumpang terkandas apabila semua operasi penerbangan terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini