TP-Link sedia revolusikan rangkaian internet Malaysia dengan Wifii 7 - Utusan Malaysia

TP-Link sedia revolusikan rangkaian internet Malaysia dengan Wifii 7

TP Link Deco BE85
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembekal rangkaian Wifii pengguna dan peranti rumah pintar terkemuka dunia, TP-Link bersedia untuk merevolusikan penyambungan ke internet, dengan memperkenalkan Wifi 7.

Pengarah Serantau Malaysia dan Singapura TP-Link, Hugo Cai berkata, perubahan untuk meluaskan rangkaian internet ini sejajar dengan mandat kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia mempunyai akses kepada sambungan internet yang lancar, selamat dan teguh.

Menurutnya, melihat perkembangan penggunaan internet kini semakin meluas sama ada bagi peminat rumah pintar, pemain permainan video atau profesional yang bekerja boleh menikmati teknologi tanpa wayar terkini iaitu Wifi 7.

“ WiFi 7 yang kini boleh didapati di pasaran Malaysia, berfungsi sebagai revolusi terkini terhadap penyambungan pengguna kepada kegunaan internet.

“Justeru, kami juga teruja untuk memperkenalkan penghala WiFi 7 terbaharu kami, Deco BE85 dan Archer GE800, yang menggabungkan teknologi termaju dengan reka bentuk yang anggun,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penghala terbaharu itu mempunyai kelajuan internet yang sangat pantas sekali gus memberikan prestasi dan kebolehpercayaan yang dipertingkatkan.

“Kejayaan yang diterajui oleh TP-Link menerusi teknologi baharu itu, mampu membawa peningkatan pembaharuan kepada rangkaian rumah Malaysia dengan daya pemprosesan lebih tinggi iaitu IEEE 802.11be Extremely High Throughput (EHT).

“Wifi 7 berfungsi merentas tiga jalur iaitu 2.4 gigahertz (GHz), 5GHz dan 6GHz bagi memanfaatkan sumber sepenuhnya,” ujarnya.

Katanya, walaupun WiFi 6 dibina untuk memenuhi bilangan peranti yang semakin meningkat di seluruh dunia, namun matlamat WiFi 7 adalah untuk memberikan kelajuan yang lebih tinggi buat setiap peranti dengan kecekapan yang terbaik.

“Dengan daya pemprosesan yang lebih baik sehingga 46 Gbps, ia direka untuk memberikan
sambungan internet lebih lancar.

“WiFi 7 adalah gambaran masa depan kerana diyakini dapat meningkatkan pengalaman dengan menyediakan pas VIP persendirian buat setiap peranti, memberikan akses kepada kelajuan yang sangat tinggi.

“Ini termasuklah sama ada anda menonton filem, membuat panggilan video, bermain permainan dalam talian atau mungkin melengkapkan kediaman dengan peranti rumah pintar,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan penghala Deco BE85 dilengkapi dengan HomeShield yang menawarkan rangkaian perkhidmatan bersepadu, memberikan perlindungan lengkap untuk semua peranti anda, sama ada dirumah atau ketika melancong.

Sementara itu, TP-Link menawarkan ciri luar biasa pada penghala permainan video inovatif
dan terkini iaitu Archer GE800, dengan mempunyai daya pecutan eksklusif untuk permainan video dan panel permainan khusus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×