IPO: Feytech sasar 143.32 juta saham baharu di Pasaran Utama - Utusan Malaysia

IPO: Feytech sasar 143.32 juta saham baharu di Pasaran Utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Feytech Holdings Bhd. (Feytech Holdings) menandatangani perjanjian pengunderaitan dengan TA Securities Holdings Bhd. dan AmInvestment Bank Bhd. untuk Tawaran Awam Permulaan (IPO) Kumpulan tersebut di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Kumpulan itu berkata, Feytech akan membuat terbitan awam sebanyak 143.32 juta saham baharu dan 109.62 juta saham sedia ada.

Sebanyak 42.16 juta saham terbitan awam daripada saham baru ditawarkan kepada orang ramai Malaysia melalui pengundian, 25.3 juta saham kepada pengarah, pekerja yang layak dan individu yang telah menyumbang kepada kejayaan Feytech, manakala 75.87 juta saham akan diperuntukkan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.

“Bagi hasil daripada 109.62 juta saham biasa sedia pula, sebanyak 105.4 juta akan diperuntukkan melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, manakala 4.22 juta saham akan diperuntukkan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.

Katanya, melalui perjanjian taja jamin, Penaja Jamin Bersama menjamin jumlah keseluruhan 67.46 juta Saham Penawaran Awam yang mewakili bahagian diperuntukkan kepada orang ramai Malaysia dan peruntukkan Borang Merah Jambu.

Feytech berkata, hasil dari IPO akan digunakan untuk sebahagian membiayai pembelian tanah dan pembinaan pejabat korporat baru dengan kilang pengeluaran dan gudang di Lembah Klang dengan kawasan binaan kasar kira-kira 85,000 kaki persegi.

“Setelah penyelesaian pejabat korporat baru dengan kilang pengeluaran dan gudang, Kumpulan Feytech bercadang mengalihkan semua operasi sedia ada di Petaling Jaya ke pejabat korporat baru ini dengan kilang pengeluaran dan gudang,” katanya.

Tambahnya, sebahagiannya pula untuk membina kilang pengeluaran baru, gudang, bangunan pejabat sampingan dan asrama pekerja yang akan dibina di sebahagian tanah industri kosong di Pekan Sungai Karangan, Kulim, Kedah dengan kawasan binaan kasar kira-kira 84,000 kaki persegi.

Jelasnya, jangkaan keseluruhan ruang pengeluaran dan ruang stor untuk pengeluaran tempat duduk automotif Kumpulan dijangka meningkat sebanyak kira-kira 55,000 kaki persegi setelah pembinaan Kilang Kulim 2 selesai.

“Selain itu, Kumpulan Feytech juga akan menggunakan sebahagian daripada hasil dari IPO untuk membeli mesin-mesin baru termasuk 75 mesin jahit, mesin pemotongan kulit automatik dan mesin pembentukan corak serta pembelian bahan-bahan dan bekalan serta modal kerja am.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Feytech Holdings, Connie Goh berkata, hasil IPO akan membantu dalam pengembangan Kumpulan di peringkat tempatan.

“Kami berharap untuk berkembang dan memperluaskan perkhidmatan kepada pelanggan sedia ada dan sasaran kami dalam rantau ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×