Tidak sangka anak enam bulan mati di tangan suami - Siti

Tidak sangka anak enam bulan mati di tangan suami – Siti

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu kepada bayi lelaki Muhammad Aysar Wildan Muhammad Aizat berusia enam bulan yang maut disyaki dibunuh bapanya di Bandar Tasik Kesuma, Beranang tidak menyangka suaminya bertindak kejam.

Dalam kejadian pukul 8 malam, bayi malang itu dipercayai dipukul, kepala dihentak pada sofa selain mulut disumbat kain dan badan dibedung sebelum ditinggalkan tertiarap dalam bilik gelap dan kemudian ditemukan meninggal dunia.

Ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Siti berkata, ketika kejadian,dia dan anak sulung berusia dua tahun ke rumah keluarga mentua manakala suami serta anak bongsunya berada di kediaman mereka.

“Saya tak sangka dia sanggup bunuh anak kami. Selama ini saya pertahankan anak apabila didera sehinggakan saya turut cedera dipukulnya.

“Suami beritahu mahu menjaga anak bongsu di rumah jadi saya siapkan kelengkapan bayi sebelum tinggalkan mereka.

“Apabila pulang, suami beritahu bayi sedang tidur dalam bilik dan dia tidak benarkan saya masuk ke dalam bilik,” katanya di sini hari ini.

Bercerita lanjut, kata Siti, dia mendengar anaknya menangis dengan kuat.

“Saya mahu masuk ke bilik tapi suami marah. Akibat takut dipukul, saya hanya duduk di sofa walaupun saya sangat risaukan anak saya.

“Saya bersama anak sulung tertidur di sofa dan apabila bangun pagi itu saya segera berlari ke bilik untuk lihat keadaan Aysar.

“Saya angkatnya dan dapati dia sudah tidak sedarkan diri dengan badan kemerah-merahan,” ujarnya.

Suri rumah itu berkata, dia menjerit memanggil suami sebelum lelaki itu menghubungi keluarganya dan talian kecemasan 999 untuk bantuan.

Bagaimanapun, katanya, bayi terbabit disahkan meninggal dunia dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kajang untuk bedah siasat.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan doktor terdapat kesan kecederaan di tengkorak kepala bayinya dipercayai akibat dihentak objek tumpul.

“Saya kerap bergaduh dengan suami kerana mempertahankan anak sehingga beberapa kali saya turut menjadi mangsa pukulannya. Saya tidak pernah menceritakan perbuatan suami itu pada keluarga,” jelasnya.

Katanya, suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sudah lama tidak ke tempat kerja, malah dia baru mengetahui suaminya terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Dia berharap suami mendapat pengajaran dan balasan kerana tergamak membunuh anak kandung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×