Pemuda PBS mahu kerajaan negeri larang Akmal masuk Sabah

Pemuda PBS mahu kerajaan negeri larang Akmal masuk Sabah

MUHAMMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS), Christopher Mandut meminta kerajaan negeri mengeluarkan larangan  ke atas  Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh memasuki Sabah.

Beliau berkata, Sabah tidak mengalu-alukan sebarang cubaan untuk memecahbelahkan rakyat di negeri ini.

“Kita tidak mahu politik sebegitu dibawa masuk ke Sabah. Apa yang berlaku di Semenanjung harus kekal di situ,” katanya semasa mengulas mengenai kehadiran Akmal ke Sabah semalam.

Christopher berkata, pihak polis mungkin memilih untuk mengambil keterangannya di Sabah kerana mereka yakin tidak akan berlaku rusuhan di negeri ini.

Kata beliau, umumnya rakyat Sabah sentiasa tenang serta bertoleransi dan rusuhan tidak menjadi amalan di negeri ini.

Christopher antara pemimpin politik yang menggesa tindakan larangan masuk dikenakan terhadap Akmal. Sebelum ini, bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Senator Tan Sri Anifah Aman juga berkongsi pandangan sama iaitu mahu larangan masuk dikeluarkan ke atas Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha PBS, Datuk Julita Majungki mengumumkan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam sebagai pemangku Presiden susulan keputusan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili untuk mengambil cuti bermula pada 1 Jun ini.

Sepanjang ketiadaan Maximus, Joachim selaku Timbalan Presiden akan mengambil alih tanggungjawab menerajui parti.

Memandangkan Joachim akan mengambil alih tugas sebagai pemangku Presiden maka, Ketua Penerangan, Datuk Joniston Bangkuai akan memegang tanggungjawab sebagai pemangku Timbalan Presiden.

Keputusan tersebut  menunjukkan komitmen parti bagi memastikan struktur kepimpinan PBS mempunyai kesinambungan dan pelapis demi membela kepentingan parti dan ahli-ahlinya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×