Tang Jie tetap peduli Kejohanan Asia 2024

Tang Jie tetap peduli Kejohanan Asia 2024

CHEN Tang Jie-Toh Ee Wei tewas kepada pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsmapran 21-15, 21-12 pada pusingan pertama Masters Jepun 2024 di Gimnasium Wilayah Kumamoto, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain beregu campuran nombor satu negara Chen Tang Jie tetap memandang serius Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 walaupun diberi keutamaan dalam persediaan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Tang Jie bersama pasangan­nya Toh Ee Wei sentiasa memberikan yang terbaik pada setiap kejohanan yang disertai terma­suk BAC 2024 yang akan membuka tirainya minggu depan.

“Seperti anda semua tahu keutamaan kami memang Olim­pik. Kalau berada di mana-mana kejohanan setiap pemain mesti mahu kemenangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami mesti sentiasa bersedia untuk pamer persembahan terbaik dan jangan sesekali jadikan kejohanan itu sebagai aksi pemanas badan.

“Mahu jadi juara itu boleh. Kami baru pulang dari Terbuka Switzerland, jadi latihan persediaan tetap sama. Benda paling penting bagaimana kita mahu beri persembahan terbaik ketika beraksi nanti,” katanya ketika latihan di Akademi Badminton Malaysia, semalam.

Juara terbuka Taiwan 2023 itu kini berada di kelompok lapan terbaik dalam Race To Paris serta sembilan terbaik dunia sebelum tempoh kelayakan ditutup pada 28 April ini.

Dalam pada itu, Tang Jie-Ee Wei mahu melakar kejutan ke atas pasangan nombor satu dunia, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong selepas diundi menentang pasangan China itu pada pusi­ngan pertama BAC 2024.

Menurutnya, selepas tewas tiga kali pada pertemuan sebelum ini, pemain berusia 26 tahun itu mengakui berada di tahap yang terbaik serta mendapatkan khidmat psikologi daripada pakar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Frederick Tan.

“Saya baru pulih dari demam. Pemakanan juga saya ambil langkah berjaga-jaga. Saya harap nampak perbezaan ketara untuk tiga bulan ini sebelum O­limpik,” ujar Tang Jie.
BAC 2024 membuka tirai saingannya pada 9 hingga 14 April di Ningbo, China. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini