193.6 juta rakyat Indonesia dijangka mudik Aidilfitri tahun ini 

193.6 juta rakyat Indonesia dijangka ‘mudik’ Aidilfitri tahun ini 

PUNCAK aliran trafik sempena sambutan Aidilfitri di Indonesia dijangka bermula Jumaat ini.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Pengangkutan Indonesia meramalkan jumlah perantau yang pulang tahun ini mencecah 193.6 juta orang, meningkat sekitar 60 peratus berbanding tahun lalu seramai 123.8 juta orang.

Menteri Pembangunan dan Kebudayaan Indonesia, Muhadjir Effendy meramalkan puncak arus ‘mudik’ atau pulang ke kampung halaman sempena sambutan Aidilfitri 2024 akan bermula Jumaat hingga Ahad minggu ini.

“Puncak mudik dianggarkan terjadi pada 5 hingga 7 April ini dan aliran trafik bagi mereka yang akan kembali pulang akan berlaku pada 14 hingga 15 April 2024,” kata Muhadjir kepada CNN Indonesia.

Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit Prabowo merayu orang ramai yang ingin pulang mengatur jadual perjalanan mereka berdasarkan maklumat trafik terkini bagi mengelak tersangkut dalam kesesakan untuk tempoh yang lama.

Beliau turut mencadangkan orang ramai membuat perjalanan awal atau pada waktu siang ketika lalu lintas masih lancar.

“Anda boleh memanfaatkan masa dan mengatur waktu untuk mengelakkan kemuncak arus mudik. Mereka yang biasanya melakukan aktiviti pada malam hari boleh beralih ke siang hari,” katanya dalam kenyataan bertulis semalam.

Jelas Listyo, polis juga akan melaksanakan skim kejuruteraan trafik untuk melancarkan aliran pulang dan balik.

Katanya, kerajaan juga akan menyediakan insentif berupa diskaun 20 peratus kadar tol Trans Jawa dan luar Jawa pada musim mudik Aidilfitri 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×