4 lagi individu berkaitan kes lelaki Israel diberkas di Johor

Empat lagi individu berkaitan kes lelaki Israel diberkas di Johor

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas empat lagi individu dipercayai mempunyai kaitan dengan lelaki Israel yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, minggu lalu. 

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, keempat-empat suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita ditahan semalam di sekitar Johor bagi membantu siasatan.

“Kita ada tangkap empat lagi individu berkaitan kes tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua suspek berusia 28 hingga 41 tahun ditahan di sekitar Skudai dan Gelang Patah di Johor,” katanya. 

Tambah beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap keempat-empat individu terbabit. 

“Kita sedang siasat peranan mereka, namun dipercayai mempunyai kaitan dengan tangkapan sebelum ini,” ujar beliau.

Tangkapan itu menjadikan seramai tujuh individu ditahan setakat ini termasuk suspek utama, iaitu lelaki Israel berusia 38 tahun.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×