Polis berkas dua lelaki bantu kegiatan ah long

Polis berkas dua lelaki bantu kegiatan ah long

MUHAMAD Zaki Harun
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis berjaya memberkas dua lelaki yang disyaki membantu kegiatan ah long di sekitar daerah ini menerusi dua serbuan berasingan pada Isnin.

Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 39 dan 28 tahun itu ditahan oleh pasukan risik dan operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menerusi Op Vulture.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dalam serbuan pertama pada pukul 10 pagi anggota bertugas telah menahan suspek berusia 39 tahun hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa, Jalan Kelocor di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, lelaki tersebut ditahan semasa menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira dalam keadaan mencurigakan.

“Serbuan itu membawa kepada rampasan sebuah telefon bimbit jenis Huawei Mate 30 Pro dan kad sim selepas disyaki menjalankan aktiviti perniagaan pinjaman wang tanpa lesen.

“Susulan daripada tangkapan pertama, anggota bertugas telah menahan seorang lagi suspek pada pukul 4 petang di hadapan kilang serbuk Kari di Taman Koperasi, Jalan Long Yunus, Tanjung Chat semasa menaiki sebuah kereta jenis Nissan Sentra dalam keadaan mencurigakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, pada masa sama polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenis Iphone 12 Pro dan kad sim selepas disyaki menjalankan aktiviti pernigaan pinjaman wang tanpa lesen. 

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen sejak tahun 2019 yang melibatkan mangsa atau peminjam daripada daerah Kota Bharu dan Pasir Mas.

“Suspek pertama akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu hari ini untuk  pertuduhan, manakala suspek kedua akan ditangkap semula berkait laporan polis di Pasir Mas,” ujarnya. 

Muhamad Zaki berkata, disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×