PADU akan dibuka semula – Rafizi

PADU akan dibuka semula – Rafizi

Pangkalan Data Utama (PADU)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Ekonomi akan membuka semula pendaftaran dan pengemaskinian Pangkalan Data Utama (PADU) untuk tempoh yang singkat setelah kerajaan menentukan bentuk dan mekanisme subsidi bersasar.

Menterinya, Rafizi Ramli berkata, seramai 17.65 juta atau 58.7 peratus rakyat Malaysia berusia 18 tahun berjaya dikemas kini dalam sistem PADU.

Beliau berkata, berdasarkan rekod pendaftaran dan pe­ngemaskinian PADU mengikut ne­geri, Perlis merekodkan peratusan tertinggi dengan 66.9 peratus diikuti Kelantan (65.2 peratus), Terengganu (62.7 peratus) serta Perak, 60.3 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara negeri yang mencatatkan peratusan pendaftaran dan kemas kini di bawah 50 peratus jelas beliau adalah Johor dengan 48.4 peratus, Selangor (44.5 peratus), Sarawak (46.7 peratus) serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 47.6 peratus.

“Saya mengucapkan penghargaan kepada semua rakyat yang sudah mengambil inisiatif untuk mendaftar PADU.

“Komitmen yang tinggi dan tidak berbelah bagi juga ditunjukkan oleh pasukan PADU sejak hari pertama pendaftaran dibuka hingga pendaftaran ditutup,” katanya dalam satu kenya­taan semalam.

Pendaftaran dan pengemaskinian PADU ditutup tengah malam tadi, selepas ia mula dibuka kepada orang ramai pada 2 Januari lalu.

Seramai 11.55 juta atau 52.6 peratus rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas berjaya mendaftar ke dalam sistem PADU sebelum ia ditutup tengah malam semalam.

Rafizi memberitahu, langkah seterusnya adalah untuk membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri pada bulan ini.

Katanya, sebarang pengumuman berkenaan hal ini akan diumumkan oleh kerajaan pada masa yang akan datang.

“Kepada mereka yang tidak berjaya mendaftar dan mengemas kini profil di PADU, data pentadbiran sedia adalah mencukupi dan akan digunakan untuk kerajaan menentukan kelayakan individu bagi tujuan penyasaran semula subsidi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini