KUALA TERENGGANU: Nasib bekas jurugambar Utusan Malaysia, Azlan Bahrum yang menghidap penyakit gout kronik mendapat perhatian Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu dan Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat).
Pengurus Besar TNB Negeri Terengganu, Mohamad Mohyddin Mohamed Nor dan Presiden Kawat, Ahmad Safri Husnaini Mohamad melawat Azlan, 40, sempena program penyampaian Bakul
Ramadan TNB serta sumbangan tunai di rumahnya di Pangsapuri Ladang Tok Pelam di sini, semalam.
Dalam program itu, Mohamad Mohyddin berkata, sumbangan kecil TNB itu diharapkan dapat menceriakan dan meringankan beban Azlan pada Ramadan ini serta sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“Pengagihan sumbangan ini bertujuan menyantuni golongan kurang bernasib baik pada bulan mulia ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa TNB dan Kawat di sini, semalam.










