Pengguna lebuh raya disaran balik beraya pada 7, 8 April

Pengguna lebuh raya disaran balik beraya pada 7, 8 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Para pengguna yang menggunakan lebuh raya untuk balik ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri disaran pulang pada 7 dan 8 April bagi mengelak ‘terperangkap’ dengan kesesakan trafik.

Jurucakap Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, waktu puncak ekoran pergerakan kenderaan pulang ke kampung halaman dijangkan pada 5, 6 dan 9 April.

Sehubungan itu, menurutnya, pengguna disaran melakukan perjalanan pada dua hari tersebut bagi pengagihan trafik yang lebih lancar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengguna disaran merujuk Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi pengguna Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1).

“Ini penting bagi membantu pengguna untuk merancang perjalanan mereka pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.

Jumlah trafik dijangka meningkat bermula minggu depan dan berlakunya kesesakan terutama di lebuh raya di utara, selatan dan pantai timur berikutan perayaan Aidilfitri yang kemungkinan disambut pada 10 April ini.

Malah, peningkatan jumlah trafik turut kemungkinan disebabkan kerajaan yang meneruskan dasar pemberian tol percuma untuk semua perayaan besar termasuk Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanapun, pengecualian tol tersebut hanya kepada kenderaan persendirian iaitu kenderaan kelas satu bagi mengimbangi perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh kerajaan.

Dalam pada itu, sumber berkata, ketika ini pergerakan trafik di lebuhraya masih berjalan dengan lancar bagaimanapun peningkatan trafik di kesan di ibu negara.

“Pergerakan trafik di lebuhraya pada ketika ini adalah lancar, masih belum menunjukkan peningkatan melibatkan pergerakan pulang ke kampung bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Namun, terdapat peningkatan trafik ke arah pusat bandarraya Kuala Lumpur yang berkemungkinan para pengguna ambil peluang cuti hujung minggu untuk membeli persiapan hari raya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini