KUALA TERENGGANU: Tiada sebarang ketetapan dibuat mengenai kadar mas kahwin di negeri itu, setakat ini.
Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, M. Rozi Bidin berkata, kadar mas kahwin terserah kepada persetujuan wali pengantin.
Menurutnya, kebiasaan di Terengganu, kadar mas kahwin akan dimuktamadkan selepas perbincangan di antara dua keluarga pengantin.
“Oleh itu, terpulang kepada kedua-dua keluarga untuk menetapkan kadar mas kahwin yang dipersetujui.
“Sudah pasti perbincangan itu telah mengambil kira kemampuan pengantin lelaki untuk diberi pada pengantin perempuan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Semalam dilaporkan kadar mas kahwin di Pahang berjumlah RM22.50 dinaikkan bermula RM100 setelah diamalkan selama kira-kira 123 tahun sejak 1900,
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, kadar yang diperkenankan itu bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa. – UTUSAN







