Tawar perkhidmatan trak tunda percuma sempena Aidilfitri

Tawar perkhidmatan trak tunda percuma sempena Aidilfitri

ZAFRAN Yassin (kiri) bersama rakan-rakan yang menawarkan perkhidmatan trak tunda percuma kepada anak-anak Kelantan diperantauan semasa pulang beraya nanti. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Skuad Perantau menawarkan perkhidmatan trak tunda percuma pada 8 dan 9 April kepada anak-anak Kelantan di perantauan yang mengalami kerosakan kenderaan semasa pulang menyambut Aidilfitri.

Perkhidmatan percuma yang ditawarkan oleh Skuad Perantau itu bermula dari simpang Sungai Sam di sini sehingga ke Kota Bharu.

Pengerusinya, Mohd. Zafran Yassin, 43, berkata, langkah itu merupakan khidmat sosial pengendali perkhidmatan tersebut dalam membantu anak-anak perantau yang pulang beraya ke kampung halaman masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya akui dalam situasi ekonomi yang tidak menentu, sambutan Aidilfitri kali ini amat perit untuk dilalui kerana penggal baharu persekolahan dengan sambutan Aidilfitri terlalu rapat.

“Kedua-dua perkara ini memerlukan perbelanjaan yang cukup besar. Melihat kepada situasi itu, kami dengan rendah hati terpanggil untuk membantu meringankan beban dengan menawarkan perkhidmatan trak tunda percuma,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Zafran memberitahu, sebanyak sembilan buah trak tunda sudah bersiap sedia untuk memberikan perkhidmatan sepanjang tempoh berkenanan.

Katanya, kebiasaan di musim perayaan caj perkhidmatan untuk trak tunda boleh mencecah sehingga RM900 dengan mengambil kira faktor kesesakan lalu lintas.

“Hari biasa pula antara RM450 hingga RM500. Tetapi dengan adanya perkhidmatan percuma ini, besar harapan agar ia dapat membantu meringankan beban anak-anak perantau.

“Insya-Allah, kita akan hantar kenderaan yang mengalami kerosakan itu terus ke rumah supaya anak-anak perantau selamat beraya bersama keluarga masing-masing,” ujarnya

Mohd. Zafran berkata, pada 2019 dia pernah menawarkan perkhidmatan itu secara sukarela.

Katanya, bertitik tolak dari situ dia merintis laluan dengan mengumpul pengendali perkhidmatan trak tunda untuk menawarkan perkhidmatan secara percuma.

Anak-anak perantau yang mengalami kerosakan kenderaan di Kuala Krai boleh menghubungi talian 013-4885886 (Zeck Zoro), 011-25665228 (AF Towing), 011-12730366 (Pok Chek), 013-9060779 (Anak Pehi), 013-7073785 (Jembal Dua).

Bagi kawasan Machang pula di talian 019-9379957 (Abe Yie Labok) dan Kota Bharu (011-11009542/Uda). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini