Kuih Tradisional Anak Dara diserbu orang ramai

Kuih Tradisional Anak Dara diserbu orang ramai

NOR NABILAH Zakaria menunjukkan akok telur yang dijualnya di gerainya di Bandar Baru Bukit Mentok, Kemaman. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Ramadan memberi rezeki berganda buat seorang gadis yang mengusahakan perniagaan ‘Kuih Tradisional Anak Dara’ di Bandar Baru Bukit Mentok, dekat sini, apabila kuih yang dijualnya mendapat permintaan tinggi.

Nor Nabilah Zakara, 28, berkata, permintaan kuih tradisional yang dijualnya iaitu kuih bakar, kuih bingka kelapa dan akok telur meningkat tiga kali ganda berbanding jualan pada hari biasa.

“Lazimnya saya hanya jual 100 biji kuih tradisional sehari, namun pada bulan Ramadan ini, kadangkala saya dapat jual lebih 700 biji setiap hari.

“Akok telur mendapat permintaan paling tinggi apabila saya dapat jual lebih 500 biji hanya dalam tempoh kurang tiga jam,” katanya ketika ditemui di gerainya, di sini, semalam.

Nor Nabilah berkata, kaedah pembakaran kuih tradisional yang menggunakan cara tradisional iaitu dapur tembaga, arang dan sabut kelapa juga menarik minat pembeli.

“Lazimnya, ramai peniaga sudah beralih menggunakan kaedah moden dengan menggunakan ketuhar, namun saya tetap memilih kaedah lama kerana rasa kuihnya lebih enak hinggakan dari jauh pelanggan dah dapat bau aroma kuih yang dibakar,” katanya.

Anak keempat daripada lima adik beradik ini berkata, dia mewarisi perniagaan kuih tradisional daripada ibunya sejak lapan tahun lalu.

“Nak buat kuih tradisional ini bukan mudah, terutamanya kuih akok telur. Pembuatannya, sangat cerewet. Kalau tersilap meletakkan bahan ketika membuat adunan, kuih tidak akan menjadi.

“Saya belajar buat kuih ini daripada ibu sejak dari bangku sekolah lagi. Saya memang tidak kisah berdepan dengan panas dan asap, yang penting warisan keluarga ini perlu diteruskan,” katanya.

Nor Nabilah yang dibantu seorang pekerja berkata, kuih tradisional itu dijual dengan harga 50 sen hingga RM1 sebiji.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×