Homestay penuh ditempah penyewa

Homestay penuh ditempah penyewa

D’ TANJUNG Piai Jom Stay di Tanjung Piai, Serkat, Pontian yang turut menyediakan kolam renang turut menerima tempahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Ketibaan 1 Syawal turut membawa limpahan re­ze­ki kepada pengusaha home­stay atau inap desa apabila bilik penginapan penuh ditempah oleh orang ramai.

Pemilik D’ Tanjung Piai Jom Stay, Fazie Saadon, 46, berkata, bilik penginapan bermula dari petang sambutan Hari Raya Aidilfitri hingga hari raya ketiga sudah penuh ditempah sejak dua bulan lalu.

Inap desa yang dibina pada tahun 2015 mempunyai enam unit bilik studio, rumah dua tingkat empat bilik, rumah berkembar dua bilik kini sudah penuh de­ngan kadar bayaran antara 130 hingga RM750 semalam.

“Kebanyakan tempahan di­te­rima daripada penduduk tem­patan mahupun saudara mara yang datang untuk menyam­but Aidilfitri bersama-sama ke­luarga termasuk dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru. De­ngan kehadiran mereka dapat tampung sambutan pelanggan yang kurang pada bulan puasa ini kecuali syarikat-syarikat yang membuat tempahan seminggu atau dua minggu,” kata­nya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, D’ Tanjung Piai Jom Stay mempunyai pelbagai ke­mudahan tambahan seperti ko­lam renang, aktiviti berbasikal mengelilingi kampung serta lawatan ke tempat menarik di sekitar Tanjung Piai.

“Alhamdulillah, industri ho­me­­­stay di Kampung Serkat yang telah beroperasi sejak 30 ta­hun lalu dapat memberikan sumber pendapatan tambahan kepada pemiliknya pada musim perayaan ini,” katanya.

Sementara itu, Pengusaha Homestay Classic Al-Idrus, Syed Hamid Syed Salim, berkata, inap desa miliknya mula ditempah sejak sebulan lalu bagi mereka yang pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.

Pelanggan dikenakan bayaran sebanyak RM280 semalam de­ngan pelbagai kemudahan se­perti tempat letak kereta yang luas serta kawasan bagi aktiviti BBQ dan sebagainya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×