Singapura arah kedutaan Israel padam hantaran provokasi di Facebook

Singapura arah kedutaan Israel padam hantaran provokasi di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Pemerintah Singapura mengarahkan kedutaan Israel di negara itu supaya memadam satu hantaran provokasi di laman Facebook yang cuba membandingkan Israel dengan Palestin.

Perkara itu didedahkan Menteri Ehwal Dalam Negeri dan Undang-Undang, K Shanmugam.

Pada Ahad lalu, akaun Facebook rasmi kedutaan Israel itu memuat naik satu hantaran mengandungi dakwaan yang membandingkan sebutan Israel dan Palestin dalam al-Quran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hantaran tersebut mendakwa Israel disebut 43 kali dalam al-Quran, manakala Palestin tidak disebut sama sekali.

“Setiap bukti arkeologi, peta, dokumen, syiling menghubungkan tanah Israel dengan penganut Yahudi sebagai penduduk asli tanah itu,” jelas hantaran itu.

Menurut laporan CNA, hantaran itu kemudian dipadam pada hari yang sama.

Bercakap kepada wartawan semalam, Shanmugam berkata, beliau sangat kecewa apabila mengetahui mengenai hantaran itu dan menekankan bahawa pemerintah tidak campur tangan dengan hantaran tersebut atas dasar itu.

Beliau menjelaskan bahawa Kementerian Ehwal Dalam Negeri memaklumkan Kementerian Ehwal Luar, yang kemudian mengarahkan kedutaan Israel supaya hantaran tersebut dipadam dengan segera.

“Hantaran itu salah pada banyak peringkat. Pertama, ia tidak sensitif dan tidak wajar. Ia membawa risiko dalam menjejas keselamatan dan keharmonian kita di Singapura.

“Kami menjaga keselamatan semua di Singapura, kaum majoriti dan minoriti termasuk penganut Yahudi dan orang Islam.

“Kedua, salah untuk merujuk kepada teks agama secara tertentu sahaja bagi membuat pendirian politik. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini bagi kedutaan Israel untuk menggunakan al-Quran bagi tujuan itu,” katanya.

Tegas beliau, penulis hantaran itu perlu melihat peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sama ada tindakan Israel sejak beberapa dekad lalu konsisten dengan undang-undang antarabangsa sebelum cuba melakar semula sejarah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini