Kastam rampas dadah bernilai RM12.57 juta di KLIA - Utusan Malaysia

Kastam rampas dadah bernilai RM12.57 juta di KLIA

SAZALI Mohamad (tengah) menunjukkan dadah Methamphetamine yang dirampas pada sidang akhbar di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat, Kampung Jijan, Nilai, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa apabila berjaya merampas dadah seberat 380 kilogram (kg) bernilai hampir RM12.54 juta di Kompleks Kargo Udara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor pada 20 Mac lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Kastam dari Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM telah menyita satu pallet mengandungi 40 buah kotak.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan terhadap 32 kotak telah menjumpai bungkusan teh herba Cina yang mengandungi bahan kristal jernih disyaki dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat kasar 380 kg yang dianggarkan bernilai RM12.54 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

Baki lapan buah kotak mengandungi pembahagi kota dan tidak menemukan sebarang dadah berbahaya.

“Siasatan awal mendaoati dagangan dihantar dari Kompleks Kargo Udara Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 18 Mac 2024 dan kemudian dihantar ke Kompleks Kargo Udara KLIA menggunakan laluan darat pada 19 Mac 2024. Dagangan tersebut akan dieksport ke Sydney, Australia menggunakan laluan udara.

“Dagangan tersebut telah diikrarkan sebagai magnetic disk hard drive. Maklumat pengeksport dagangan adalah wujud yang merupakan syarikat pembuatan cakera keras di Kulim, Kedah yang disyaki telah disalah guna oleh pihak sindiket pengedaran dadah antarabangsa ini,” katanya pada sidang akhbar di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat, Kampung Jijan, Nilai di sini hari ini.

Sazali berkata tiada tangkapan dibuat setakat ibi dalam kes ini dan pihaknya percaya dadah berkenaan datang dari kawasan Segi Tiga Emas (Golden Triangle).

“Kami syaki dadah ini dari luar iaitu biasanya dari Golden Traingle. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan 12 kali sebatan.

“Berdasarkan jumlah berat dadah sebanyak 380 kg yang diperoleh, dianggarkan seramai 1.9 juta orang dapat diselamatkan daripada penyalahgunaan dadah,” katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×