Bersih desak reformasi SPR

Bersih desak reformasi SPR

Gabungan Pilihan Raya Bersih mendesak pelaksanaan reformasi proses lantikan ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutamanya bagi lantikan pengerusi. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gabungan Pilihan Raya Bersih (Bersih) mendesak pelaksanaan reformasi proses lantikan ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutamanya bagi lantikan pengerusi.

Jawatankuasa Pemandu Bersih dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelaksanaan reformasi itu boleh dimulakan dengan lantikan pengerusi SPR bagi menggantikan Tan Sri  Abdul Ghani Salleh yang akan bersara wajib pada Mei ini.

“Bersih ingin menegaskan bahawa reformasi pelantikan ini adalah mustahak, tambahan lagi pengerusi SPR seterusnya berkemungkinan besar akan mempunyai tanggungjawab mengkaji dan melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

“Ahli-ahli SPR perlu dilantik melalui mekanisme yang telus, terbuka, berakauntabiliti dan inklusif bagi mendapatkan kepercayaan semua pihak berkepentingan terhadap kebebasan dan kemandirian SPR yang mempunyai tanggungjawab perlembagaan untuk melaksanakan pilihan raya dan persempadanan semula,” kata.

Dalam pada itu Bersih berkata, pihaknya masih belum melihat sebarang perkembangan berkenaan agenda reformasi pilihan raya yang cuba diketengahkan pihak kerajaan melainkan pembentangan rang undang-undang (RUU) Akta Perkhidmatan Parlimen bagi memberi autonomi kepada institusi parlimen yang dijangka akan dibentangkan Julai depan.

Selain itu katanya, agenda reformasi pilihan raya bagi memperkukuhkan kebebasan institusi SPR dan memperkasa sistem pilihan raya di Malaysia masih lagi belum dititikberatkan oleh Kerajaan Madani dan sehingga kini masih dipandang sepi.

“Bersih sebelum ini telah mencadangkan agar mekanisme pelantikan ahli-ahli SPR perlu melalui Jawatankuasa Tetap Pilihan Hal Ehwal Pilihan Raya (Standing Committee) agar proses tersebut dapat diteliti secara inklusif dan demokratik oleh ahli Parlimen kerajaan dan juga pembangkang.

“Kami juga mengingatkan bahawa manifesto pilihan raya kedua-dua Pakatan Harapan dan Barisan Nasional telah menjanjikan bahawa pelantikan bagi jawatan utama seperti pengerusi SPR akan melalui Jawatankuasa Parlimen,” kata kenyataan itu.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×