Indeks Pelopor tumbuh 3.2% pada Januari 2024

Indeks Pelopor tumbuh 3.2% pada Januari 2024

MALAYSIA jatuh tujuh tangga dalam Kedudukan Daya Saing Dunia IMD 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan Indeks Pelopor (IP) negara mencatatkan pertumbuhan yang berterusan kepada 3.2 peratus pada Januari 2024.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri  Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, perubahan terhadap tahunan IP itu meneruskan momentum peningkatan kepada 112.0 mata pada Januari 2024 berbanding 108.5 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya

Menurut beliau, peningkatan tersebut dipacu oleh oleh kenaikan kukuh dalam bilangan syarikat baharu didaftar iaitu 38.peratus dan import benar logam asas berharga serta  logam bukan ferus lain naik sebanyak 31.4 peratus.

“Merujuk kepada prestasi bulanan, IP mencatatkan 1.6 peratus pada bulan rujukan berbanding 0.3 peratus pada bulan sebelumnya..

“Ini berikutan prestasi yang memberangsangkan ditunjukkan  dalam import benar logam asas berharga dan logam bukan ferus lain iaitu 0.7 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, dari segi arah aliran jangka panjang terlicin pada Januari 2024, Indeks Pelopor kekal di bawah trend 100 mata. 

Meskipun masih berada di bawah trend, katanya, lonjakan dalam prestasi IP menjangkakan pertumbuhan ekonomi yang lebih menggalakkan dalam tempoh terdekat susulan pemulihan dalam perdagangan luar.

Berhubung dengan ekonomi semasa, beliau berkata, Indeks Serentak (IS) mengekalkan pertumbuhan positifnya sejak September 2021 dengan mencatatkan 124.1 mata.

Mengulas lanjut, IS merekodkan peningkatan sebanyak 3.2 peratus berbanding 120.2 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Katanya, peningkatan itu disumbangkan oleh prestasi yang baik bagi semua komponen.

Beliau menjelaskan prestasi bulanan IS pulih semula kepada 0.2 peratus berbanding negatif 0.2 peratus pada bulan sebelumnya.

Katanya, kenaikan semula itu  didorong oleh indeks pengeluaran perindustrian dan kapasiti penggunaan dalam pembuatan, masing-masing menyumbang 0.3 peratus.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×