MHAA Balloon usaha anak muda dengan modal RM1,000

MHAA Balloon usaha anak muda dengan modal RM1,000

NUR Airin Satopa Jehnu (dua dari kanan) memulakan perniagaan selepas menamatkan sekolah menengah pada 2016.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MHAA Balloon Sdn. Bhd. (MHAA Ballon) merupakan  perniagaan bentuk perkhidmatan peralatan majlis, usaha seorang anak muda yang memulainya dengan modal permulaan hanya RM1,000.

Pengasas MHAA Ballon, Nur Airin Satopa Jehnu @ AiLing, 25, berkata, syarikat itu bermula dari menjual belon lampu di pasar malam sahaja.

“Kini, MHAA Ballon telah berjaya mempunyai dua buah kedai di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelas Nur Airin, minat mendalam dalam bidang perniagaan membuat beliau untuk terus memulakan perniagaan sendiri selepas menamatkan sekolah menengah pada 2016 dengan sokongan dan bantuan suaminya, Munir Hafizul Aizat Mahusin, 32.

Katanya, perniagaannya itu kini boleh memperolehi keuntungan jualan sebanyak RM50,000 hingga RM60,000 sebulan.

Nur Airin menambah, MHAA Ballon menyediakan perkhidmatan dekorasi majlis korporat, ulang tahun, jenama dan agensi kerajaan.

“Antara perkhidmatan kami adalah dekorasi belon, backdrop, kanopi, gimmick perasmian dan printing dan mampu mendapat tempahan untuk 20 hingga 25 majlis dalam sebulan,” ujarnya.

Beliau berkata, syarikat itu banyak bekerjasama dengan syarikat dan jenama besar seperti Huawei, Daikin, Eskayvie  Kementerian Dalam Negeri dan banyak lagi dalam tempoh tujuh tahun ini.

Dalam pada itu, Nur Airin berkata, beliau hanya menjadikan Youtube sebagai sumber rujukan utamanya pada awal perniagaan kerana rujukan bagi mengembangkan jenis perniagaan itu sangat terhad. 

Nur Airin turut memberi nasihat kepada anak muda yang ingin memulakan perniagaan mereka supaya tidak takut dalam menghadapi risiko.

“Perniagaan merupakan satu pelaburan, kita perlu berani dan sentiasa bersemangat untuk menjalankan perniagaan itu walaupun agak susah pada awalnya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×