Filipina tuduh China halang saintis daripada sampai ke terumbu

Filipina tuduh China halang saintis daripada sampai ke terumbu Laut China Selatan

PERSELISIHAN di antara kapal China dan Filipina merenggangkan hubungan antara Manila dan Beijing. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Pengawal Pantai Filipina menuduh kapal China melakukan gerakan berbahaya ketika ia cuba menghalang saintis Filipina daripada sampai ke terumbu di Laut China Selatan.

Insiden itu berlaku semalam berhampiran terumbu Sandy Cay, beberapa kilometer dari pulau Thitu yang dikuasai Filipina di Kepulauan Spratly.

Konfrontasi di antara kapal China dengan Filipina termasuk pelanggaran di laluan air strategik merenggangkan hubungan antara Manila dan Beijing yang mempunyai sejarah panjang dalam pertikaian wilayah maritim.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap pengawal Commodore, Jay Tarriela berkata, dalam kejadian terbaharu, sebuah bot milik Biro Perikanan dan Sumber Akuatik Filipina sedang membawa saintis marin ke terumbu apabila sebuah kapal Pengawal Pantai China melintasi laluannya, menghampiri bot itu sejauh 100 meter

Tarriela berkata, kapal Pengawal Pantai China membunyikan siren selama lebih 30 minit untuk menarik perhatian bot militia maritim China di kawasan itu.

Bagaimanapun, Pengawal Pantai China berkata bahawa 34 warga Filipina secara haram mendarat di terumbu yang dipanggil Tiexian Jiao dan Filipina memanggil Pagasa Cay 2.

“Pegawai penguat kuasa undang-undang China mendarat di sana, di mana mereka menyiasat dan mengendalikan (keadaan), 

“Itu satu lagi pembohongan yang datang dari pengawal pantai China,” kata Tarriela hari ini.

Tarriela berkata, pasukan saintifik itu menghabiskan empat jam di dua terumbu dan dapat menyelesaikan misinya walaupun kehadiran kapal China dan helikopter tentera China berlegar-legar di atas mereka.

China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan termasuk Kepulauan Spratly selain menolak tuntutan saingan dari negara-negara serantau termasuk Filipina.

Keputusan antarabangsa terhadap tuntutannya adalah tidak mempunyai asas undang-undang. -AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini