27 pemimpin EU gesa gencatan senjata

27 pemimpin EU gesa gencatan senjata

SEORANG wanita mendukung bayi kembar tiganya di bahagian tengah Gaza selepas melarikan diri dari pekarangan Hospital Al-Shifa, Bandar Gaza, kelmarin. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Seramai 27 pe­mimpin Kesatuan Eropah (EU) menggesa supaya jeda kemanusiaan segera di Gaza dan menggesa Israel supaya tidak melancarkan serangan darat besar di bandar paling selatan, Rafah.

Kata para pemimpin ber­kenaan, pihaknya berharap pembebasan tanpa syarat bagi semua tebusan.

“Majlis Eropah dalam EU menyeru agar jeda kemanusiaan segera yang membawa kepada gencatan senjata yang mapan,” menurut para pemimpin selepas mengadakan pertemuan di Brussels, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

GESA HENTI OPERASI DARAT DI RAFAH

Majlis Eropah turut mengesa kerajaan Israel tidak me­lakukan operasi darat di Rafah yang akan memburukkan lagi keadaan kemanusiaan selain menghalang penyediaan per­khidmatan asas dan bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan.

Menurut pemimpin itu lagi, lebih sejuta rakyat Palestin pada masa ini mencari perlindungan keselamatan daripada pertempuran dan akses kepada bantuan kemanusiaan di sana.

EU kini bergelut mendapatkan maklum balas terhadap operasi ketenteraan Israel berikutan serangan 7 Oktober lalu oleh Hamas.

RISIKO KEBULURAN MEMUNCAK

Terdapat amaran yang semakin meningkat tentang risiko kebuluran di Gaza dan para pemimpin menyeru agar bantuan penuh, pantas, selamat dan akses kemanusiaan tanpa halangan ke Gaza.

Para pemimpin EU sangat bimbang tentang situasi bencana kemanusiaan di Gaza dan kesannya yang tidak seimbang terhadap orang awam terutamanya kanak-kanak serta risiko kebuluran yang akan berlaku akibat kemasukan bantuan yang tidak mencukupi ke Gaza.

Perang Gaza paling berdarah berlaku selepas serangan Hamas yang tidak pernah berlaku sebelum ini mengakibatkan kira-kira 1,160 kematian di Israel, keba­nyakannya orang awam, menurut pengiraan rasmi Israel.

Pejuang Hamas turut me­rampas kira-kira 250 tebusan.

Israel percaya 130 masih berada di Gaza, termasuk 33 yang dianggap mati.

Bersumpah untuk menghapuskan Hamas, Israel tanpa henti menggempur Gaza di mana sekurang-kurangnya 31,988 orang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh, kata Kementerian Kesihatan Gaza.

BLINKEN LAWAT ASIA BARAT KALI KEENAM

Dalam perkembangan ber­kaitan, diplomat tertinggi Ame­rika Syarikat (AS) berkata, jurang semakin mengecil dalam rundingan untuk gencatan senjata di Gaza dan perjanjian untuk membebaskan tebusan yang dipegang oleh pejuang Hamas.

Setiausaha Negara, Antony Blinken bercakap sedemikian di Kaherah, Mesir kelmarin selepas Israel berkata ketua perisiknya akan kembali ke Doha, Qatar untuk mengadakan lebih banyak rundingan gencatan senjata dengan pengantara AS, Mesir dan Qatar.

Mereka mendesak perjanjian untuk mendapatkan gencatan senjata selama enam minggu dalam perang antara Israel dan Hamas, kini memasuki dalam bulan keenam yang akan membolehkan tebusan ditukar dengan tahanan

Palestin yang ditahan oleh Israel serta mening­katkan penghantaran bantuan berikutan kebuluran yang mengancam Gaza.

AS terus mendesak perjanjian di Doha dan Blinken memberitahu pemberita di Kaherah bahawa perhentian terbaharu dalam lawatan keenamnya di rantau itu adalah ke Israel.

“Sukar untuk sampai ke sana, tetapi saya percaya ia masih boleh dilakukan,” kata Blinken.

Blinken juga memberi amaran bahawa serangan darat Israel yang meningkat di bandar paling selatan Gaza, Rafah, di mana kira-kira 1.5 juta orang terkepung di kawasan sempadan Mesir.

“Tiada tempat untuk orang awam yang terkumpul di Rafah untuk keluar dari bahaya. Terdapat cara yang lebih baik untuk menangani ancaman berterusan yang ditimbulkan oleh Hamas,” katanya.

Kelmarin, AS, sekutu utama Israel mengedarkan draf resolusi, menekankan keperluan gencatan senjata segera dan berpanjangan untuk melindungi orang awam dan membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke wilayah itu.

Undian pada resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dibuat semalam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini