Kalah Pilpres 2024: Anies Baswedan fail kes cabar keputusan

Kalah Pilpres 2024: Anies Baswedan fail kes cabar keputusan pilihan raya

ANIES Baswedan memberi isyarat nombor satu semasa berucap sewaktu kempennya di Balai Islam di Ciamis, wilayah Jawa Barat, Indonesia, 4 Januari lalu.-REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Calon Presiden Indonesia yang kalah, Anies Baswedan memfailkan kes undang-undang di Mahkamah Perlembagaan untuk mencabar keputusan pilihan raya yang dimenangi oleh Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto.

Anies, bekas gabenor Jakarta berkata, tujuan kes itu adalah untuk memastikan demokrasi dipertingkatkan dan beliau menyifatkan terdapat banyak masalah dengan pilihan raya yang perlu diperbetulkan.

Anies enggan mengakui keputusan yang dikeluarkan semalam dan pasukannya mendakwa pentadbiran semasa secara tidak adil berusaha untuk mempengaruhi pertandingan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keputusan rasmi menunjukkan bekas Komander Pasukan Khas, Prabowo Subianto yang disokong secara diam-diam oleh penyandang presiden yang sangat popular, Joko Widodo, menang dengan hampir 60 peratus undi diikuti Anies dengan 25 peratus dan bekas gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo dengan 16 peratus.

“Proses dan hasilnya sama pentingnya. Apabila ada proses yang bermasalah, akan ada hasil yang bermasalah.

“Dari aspek dasar, peraturan, sehinggalah kepada pelaksanaan (pilihan raya) terdapat banyak masalah dan kita mahu perkara itu diperbetulkan supaya ia tidak berulang,” kata Anies dalam sidang akhbar hari ini.

Pasukan Anies mengadu mengenai peruntukan bantuan sosial yang meluas seperti beras, baja dan pemberian wang tunai di kawasan pilihan raya utama yang menurut mereka mempengaruhi undi. 

Bagaimanapun, pihak pentadbiran kerajaan menolak dakwaan itu.

Mereka juga mengkritik keputusan saat akhir Mahkamah Perlembagaan tahun lalu untuk mengubah peraturan pilihan raya yang membenarkan anak presiden menjadi pasangan calon Prabowo.

Ketua hakim mahkamah pada masa itu ialah abang ipar Jokowi.

Rakan sekutu Presiden, lebih dikenali sebagai Jokowi menolak dakwaan beliau campur tangan dalam keputusan mahkamah.

Kedua-dua kem yang kalah mendakwa proses pilihan raya telah dicemari oleh penyelewengan pengiraan yang meluas dengan pasukan Ganjar Pranowo juga dijangka mengemukakan cabaran undang-undang. 

Mengikut peraturan, kes mesti dibuat dalam tempoh tiga hari selepas pengumuman keputusan.

Prabowo, bekas komander yang sensasi di aplikasi Tik Tok melakar kemenangan dengan bantuan pengundi muda.

Menjawab keputusan kemenangannya semalam, Prabowo mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya termasuk Jokowi dan berjanji untuk menjadi pemimpin untuk semua rakyat Indonesia. 

Pasukannya berkata, ia mempunyai lebih 30 peguam yang bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran undang-undang.-CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini