Dua pelajar tingkatan empat ditahan curi motosikal

Dua pelajar tingkatan empat ditahan curi motosikal

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Dua pelajar tingkatan empat ditahan polis kelmarin selepas dipercayai terlibat dengan kes kecurian motosikal di Kampung Tedong, Merlimau di sini, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, tangkapan dibuat susulan laporan oleh seorang peniaga berusia 52 tahun yang mendakwa kehilangan sebuah motosikal Yamaha Lagenda 115, diletakkan di hadapan rumahnya kira-kira 1.20 pagi pada 16 Februari lalu.

Jelasnya, ketika kedua-dua suspek bawah umur itu ditahan di Taman Serkam Indah dan Jalan Masjid Tedong, polis turut berjaya merampas tiga buah motosikal termasuk motosikal yang dilaporkan hilang.

“Berikutan laporan kehilangan motosikal yang dibuat oleh pengadu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin dan dibantu anggota Balai Polis Merlimau telah menahan dua suspek di Taman Serkam Indah dan Jalan Masjid Tedong kerana disyaki terlibat dengan kejadian yang disiasat.

“Polis merampas dua buah motosikal yang digunakan untuk melakukan jenayah dan sebuah motosikal milik pengadu yang dilaporkan hilang.

“Hasil soal siasat yang dijalankan terhadap kedua-duanya, suspek mengaku melakukan kejadian curi motosikal tersebut,” katanya kepada pemberita.

Tambah Ahmad Jamil, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu mencuri kenderaan motor yang boleh dipenjara tidak kurang setahun dan maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×