'Suspek duduk, lantai penuh darah'

Kelar anak: Suspek duduk di sisi mayat, lantai penuh darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: “Saya lihat wanita itu terduduk di sebelah tubuh anaknya yang ditutup selimut, lantai dipenuhi darah,” demikian cerita seorang jiran mengenai wanita yang mengelar leher anak kandungnya berusia enam bulan sehingga maut di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang di sini, kelmarin.

Ibu kepada dua orang anak itu turut mengalami trauma akibat menyaksikan kejadian tersebut sehingga sukar untuk melelapkan mata malam tadi.

“Bukan saya sahaja, malah anak sulung saya yang berusia sembilan tahun juga terkejut kerana dia selalu bermain-main dengan mangsa, agak rapat juga mereka,” jelasnya.

Wanita yang enggan dikenali itu amat terkejut kerana suspek merupakan jiran yang baik dan kerap bertegur sapa.

Sementara itu, seorang ahli keluarga mangsa memberitahu, kanak-kanak tersebut merupakan anak tunggal sepasang suami isteri yang mendirikan rumah tangga pada Disember 2021.

Katanya, bapa mangsa ada memaklumkan perubahan sikap isterinya beberapa hari sebelum kejadian, iaitu pendiam dan kurang bercakap.

Dalam pada itu, Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, pihaknya menahan suspek selepas menerima panggilan pukul 1.30 petang kelmarin.

Menurutnya, suspek yang berusia 32 tahun menghantar gambar anaknya yang berlumuran darah pada bahagian leher kepada suaminya melalui aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, suspek direman selama tujuh hari bermula semalam. Perintah reman dikeluarkan Majistret Johor Bahru, Suhaili Sapuan di Hospital Permai di sini.

Difahamkan suspek dibawa ke Hospital Permai bagi menjalani pemeriksaan kesihatan mental.Kes disiasat di bawah Sek­syen 302 Kanun Keseksaan.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×