Remaja  buat aksi ‘wheelie’ tahun lepas kena tahan - Utusan Malaysia

Remaja  buat aksi ‘wheelie’ tahun lepas kena tahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki ditahan polis selepas aksinya  melakukan ‘wheelie’ dan menunggang motosikal secara bahaya tular di media sosial, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, aksi tersebut dilakukan di Lebuh Raya Utara-Selatan, Oktober, tahun lalu.

Menurut beliau, semakan mendapati suspek melakukan aksi mengangkat tayar hadapan selain melakukan aksi zig-zag.

“Suspek didapati melakukan pelbagai aksi berbahaya termasuk meletakkan kedua-dua  belah kakinya di atas tempat duduk secara berbahaya.

“Siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku pada 2 Oktober tahun  lalu di Kilometer 115.6-116.2 dan Kilometer 120.2-120.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Azman, siasatan yang  dijalankan membawa kepada tangkapan suspek berusia 18 tahun dipercayai terlibat dalam kejadian terbabit.

“Suspek ditahan di pekarangan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara kira-kira pukul 7.15 petang.

“Suspek mendakwa ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Sungai Petani ke Bagan Ajam, Butterworth dan video berkenaan dirakam rakannyi,” katanya.

Tegas Azman, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“JSPT tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang melanggar undang-undang dan peraturan jalan raya sehingga boleh membahayakan nyawa kepada pengguna jalan raya yang lain,” – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×