Mayat terapung dekat kunci air - Utusan Malaysia

Mayat terapung dekat kunci air

Mayat terapung
MAYAT seorang lelaki warga Nepal yang ditemui dekat kunci air Sungai Klang, Seksyen 17, di Shah Alam, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mayat seorang lelaki dipercayai warganegara Nepal ditemukan dalam keadaan terapung dekat pintu air Sungai Klang di Seksyen 17, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, orang awam memaklumkan kepada pihak berkuasa berhubung penemuan tersebut kira-kira pukul 11.56 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati si mati merupakan seorang lelaki warganegara Nepal melalui salinan pasport yang ditemui padanya. Si mati dijumpai berpakaian lengkap dalam keadaan terlangkup.

“Pemeriksaan oleh pasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ke atas badan si mati mendapati tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh si mati yang boleh menyebabkan kematian si mati,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Menurutnya, mayat tersebut dihantar ke Hospital Shah Alam, pagi tadi bagi menjalani bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematiannya dan polis menyiasat kes ini sebagai mati mengejut (SDR).

Mohd. Iqbal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd. Shahrul Bakhri di talian 012-3630512. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×