Jus tembikai percuma untuk ibu mengandung

Jus tembikai percuma untuk ibu mengandung

Jus tembikai
HAZUAI Hamzah (kanan) menunjukkan makluman kepada ibu hamil boleh mendapatkan jus tembikai secara percuma dekat gerainya bila-bila masa sepanjang bulan Ramadan tahun ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang peniaga di Jalan Yadi, Kampung Teluk Gadong di sini melakukan kerja amal de­ngan memberi jus tembikai kepada wanita mengandung yang datang ke gerainya sepanjang Ramadan.

Hazuai Hamzah, 50, berkata, dia mengambil keputusan tersebut dengan niat untuk membantu ibu mengandung merasai nikmat berbuka dengan jus buah-buahan yang disediakan oleh pekerjanya.

“Setakat ini ramai ibu mengandung sudah menerima sumbangan jus percuma dari gerai saya. Yang belum dapat boleh datang bila-bila masa ke gerai saya sepanjang Ramadan ini.

“Infak sebegini adalah yang pertama kali dilakukan pada tahun ini dengan niat mengurangkan beban kos berbelanja terutama golongan ibu hamil dalam kalangan B40,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Tambahnya, dia memerlukan bekalan tembikai antara 500 hingga 700 kilogram (kg) setiap hari bagi menjayakan perniagaannya dan untuk kerja amal yang bukan sahaja untuk ibu mengandung, tetapi juga sumbangan kepada masjid dan surau setempat.

Hazuai yang dibantu lima pekerja menambah, selain itu dia juga memberi jus tembikai secara percuma kepada 10 pe­langgan terawal ke gerainya.

Dia yang berasal dari pantai Timur turut menyumbang satu balang jus tembikai kepada masjid dan surau berdekatan untuk jamuan berbuka puasa.

“Sumbangan pada surau di sini saya laksanakan sejak mula berniaga pada 2021 dan untuk masjid bermula tahun ini.

“Saya datang ke sini dari Terengganu semata-mata untuk berniaga sempena Ramadan. Buat masa ini saya masih mempunyai kerja tetap di Setiu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×