Doktor didakwa lakukan gangguan seksual buat laporan polis

Doktor didakwa lakukan gangguan seksual buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang doktor lelaki yang didakwa membuat gangguan seksual terhadap doktor pelatih di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pengadu berusia 43 tahun yang juga bertugas di hospital sama berbuat demikian semalam.

“Laporan dibuat berkaitan penularan surat layang di laman media sosial yang telah memburukkan nama pe­ngadu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan awal mendapati surat layang yang tersebar itu menuduh pengadu dan beberapa kakitangan lain mela­kukan perbuatan tersebut terhadap doktor pelatih yang bertugas di Jabatan Ortopedik HRPB.

“Sehubungan itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya di sini.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintenden Fadli Ahmad di talian 019-2500019.

“Orang ramai dinasihatkan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berunsur khabar angin dan fitnah yang boleh menjejaskan kredibiliti seseorang,” katanya.

Terdahulu, tular di laman media sosial mengenai surat mengandungi dakwaan beberapa doktor pelatih wanita di Jabatan Ortopedik HRPB dikatakan sering diganggu secara seksual oleh seorang doktor lelaki.

Menurut surat berkenaan, doktor terbabit sering mengambil kesempatan de­ngan meraba, menyentuh bahagian tali baju dalam, mencubit badan dan paha selain bercakap lucah.

Selain itu, doktor terbabit juga didakwa mengugut mangsa untuk memanjangkan tempoh latihan walaupun tidak diberi kuasa berbuat demikian.

Susulan penyebaran surat layang itu, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) te­lah menubuhkan satu jawatankuasa penyiasatan bebas bagi menyiasat dakwaan ber­ke­naan.
u. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini