Remaja perempuan maut digilis Lori

Remaja perempuan maut digilis Lori

Remaja perempuan maut selepas motosikal diboncengnya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Johor Bahru-Gelang Patah-Pendas, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Seorang remaja perempuan maut digilis lori dalam kejadian di Kilometer 33 Jalan Johor Bahru-Gelang Patah-Pendas, dekat sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 1.40 petang, dan mangsa dikenal pasti sebagai A. Stela berusia 19 tahun, beralamat di Taman Sri Pulai, Skudai, di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, siasatan awal mendapati mangsa merupakan pembonceng motosikal Yamaha 135C ditunggang rakan perempuannya.

“Kemalangan berlaku apabila motosikal dari arah Gelang Patah, melanggar tayar kiri belakang  lori berkenaan ketika belok ke kiri.

“Pelanggaran mengakibatkan penunggang dan pembonceng terjatuh. Penunggang digilis pada  kaki manakala pembonceng iaitu mangsa digilis di bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Beliau berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang tersebut dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru untuk rawatan.

Tambahnya, pemandu lori, seorang lelaki berusia 41 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi bahagian Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Iskandar Puteri menerusi talian 07-5101322,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×