Solarvest dipilih secara merit – Petronas

Solarvest dipilih secara merit – Petronas

TENGKU Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz (tengah) melihat laporan keputusan kewangan Petronas bagi tahun kewangan 2023 di Menara Berkembar Petronas di sini, semalam.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemilihan Solarvest Energy Sdn. Bhd., anak syarikat Solarvest Holdings Berhad untuk memasang sistem solar di lebih 300 stesen Petronas adalah secara merit, kata Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz berkata,terdapat piawaian teknikal dan hasil yang didorong oleh tarikh akhir yang membawa kepada pemilihannya untuk kontrak turnkey.

“Saya mengakui memang ada satu pakej yang diberi kepada syarikat Solarvest Holdings baru-baru ini untuk memasang sistem solar di lebih 300 stesen Petronas bagi pihak Gentari Renewables Sdn. Bhd.

“Bagaimanapun, saya tekankan pemilihan berdasarkan merit dan piawaian teknikal dan mempunyai jangka masa ditetapkan menyusul kepada pengambilan kontrak projek Turnkey,” katanya kepada pemberita ketika pengumuman prestasi kewangan Petronas di sini, semalam

Beliau berkata, Petronas prihatin dalam agenda mendokong sektor bumiputera dalam penglibatan bagi pengalihan tenaga.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai nilai kontrak bernilai RM300 juta yang diuar-uarkan dalam laporan media.

“Saya sedar terdapat spekulasi mengatakan kontrak itu bernilai RM300 juta, namun ia tidak seperti diperkatakan dan ia lebih rendah dari itu,” ujarnya.

Menurut sumber dipercayai, nilai kontrak itu sebenarnya adalah sebanyak RM15 juta sahaja dan bukan RM300 juta.

Semalam, Presiden Dewan Perniagaan Bumiputera Felda Malaysia (DPBFM), Datuk Mokhtar Mohd. Ghazali berkata, Petronas didakwa tidak melantik syarikat bumiputera bagi melaksanakan pemasangan sistem solar bernilai RM300 juta di 300 stesen minyak miliknya di seluruh negara.

Katanya, keputusan Petronas yang melantik salah sebuah syarikat bukan bumiputera bertentangan dengan resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB’24).

Menurutnya, pelantikan syarikat itu menidakkan agenda KEB’24 yang bertujuan mengangkat ekonomi Melayu dan bumiputera. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×