Taman Kucing Cyberjaya, sinar baru bagi kucing jalanan

Taman Kucing Cyberjaya, sinar baru bagi kucing jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERKONSEPKAN ‘rawat dan angkat’, kewujudan Taman Kucing Cyberjaya memberi harapan baru bagi kucing terbiar atau tidak memiliki tuannya.

Menurut Penolong Arkitek Landskap dan Penyelia Taman Kucing Cyberjaya, Munirah Amuary, seiring objektif pembinaan taman ini, iaitu sebagai inisiatif untuk memberikan perlindungan terbaik kepada kucing jalanan.

Segala keperluan seperti keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal yang selesa dan rawatan asas disediakan kepada kucing-kucing di taman ini.

Kucing dihantar ke sini akan melalui proses kemandulan, yang bertujuan mengawal kelambakan bilangan kucing jalanan di tempat-tempat awam seperti medan selera dan pusat penjaja.

Kata Munirah, rawatan diberi kepada kucing-kucing di taman ini adalah dari klinik panel veterinar yang dilantik.

“Rawatan akan diberikan adalah sebanyak dua kali seminggu iaitu pada hari Isnin dan Jumaat.

“Antara jenis rawatan yang diterima kucing yang dilindungi di sini ialah pemeriksaan kesihatan, pemberian vaksinasi dan pemandulan serta lainlain rawatan sekiranya kucing didapati selesema, deman dan sakit mata,” katanya.

BOLEH ANGKAT
Pengunjung ke taman ini, bukan sahaja boleh bermain dengan si manja tetapi berpeluang mengangkat kucing tersebut sebagai haiwan peliharaan.

Kucing diambil pemilik baharu, akan dikenakan cas berdasarkan kadar tertentu mengikut rawatan yang telah diberikan kepada haiwan tersebut.

“Caj dikenakan untuk pengambilan kucing akan dikenakan ialah RM50 seekor bagi yang telah menerima satu hingga tiga kali pemberian vaksinasi berserta ubat kutu, ubat cacing, ubat kurap,” katanya.

Manakala RM100 seekor akan dikenakan bagi kucing yang telah menerima rawatan pemandulan atau neuter sahaja.

Caj RM150 dikenakan ke atas kucing yang telah menerima rawatan lengkap iaitu pemberian vaksinasi dan pemandulan.

Bagi kucing yang belum menerima apa-apa rawatan, pengunjung boleh mengambil secara percuma tanpa dikenakan apa-apa bayaran.

Munirah berkata, sepanjang Julai 2023 sehingga kini, sebanyak 45 ekor kucing dari taman ini telah diambil oleh orang awam.

Taman kucing ini yang telah dirasmikan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin memakan kos pembinaan lebih kurang RM450,000.

Berkeluasan 0.3 ekar, Taman Kucing Cyberjaya ini boleh menempatkan hampir 300 ekor kucing.

Premis ini turut dilengkapi tiga buah bangunan termasuk Blok A (sangkar pameran), Blok B (bilik kuarantin dan rawatan ibu dan anak) dan Blok C (pejabat urusan, bilik veterinar, stor dan unit rawatan rapi).

Kata Munirah sumbangan seperti dana kewangan bagi tujuan pembiayaan kos rawatan, penyediaan bekalan asas seperti makanan dan pasir buangan amatlah dialu- alukan.

“Kerjasama tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi manamana badan bukan kerajaan (NGO), agensi, dan institusi pendidikan amat digalakkan,” katanya.

Pengoperasian Taman Kucing Cyberjaya adalah di bawah penyeliaan Jabatan Lanskap Majlis Perbandaran Sepang (MPS).

Di mana pihak MPS menguruskan skop rutin harian, kebajikan kucing dan menyelenggara persekitaran
taman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×