Lelaki ditangkap selepas menyamar polis - Utusan Malaysia

Lelaki ditangkap selepas menyamar polis

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang lelaki ditangkap selepas disyaki menyamar sebagai polis dalam kejadian di Kampung Batu Bakar, Bahau, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, suspek berusia 46 tahun itu yang merupakan pemilik kedai ditangkap kira-kira pukul 9.45 malam semalam dan direman sehingga 17 Mac ini.

Menurutnya, suspek telah dikenal pasti mangsa melalui pengecaman gambar.

“Dalam kes ini, mangsa merupakan seorang lelaki berusia 31 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai. Ketika kejadian, mangsa yang sedang memandu kereta bersama isterinya telah memberhentikan kenderaan sebaik dihon suspek. 

“Suspek kemudiannya memberhentikan kenderaan di hadapan kereta mangsa dan meminta mangsa untuk menyerahkan kad pengenalan serta memberitahu sebagai anggota polis.

Menurut Chang Hook, mangsa tidak menuruti permintaan suspek dan telah menghubungi rakannya.

“Suspek kemudiannya beredar sebaik rakan mangsa sampai. Kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×