11 pelaut Filipina terselamat serangan Houthi pulang ke tanah air

11 pelaut Filipina terselamat serangan Houthi pulang ke tanah air

PELAUT warga Filipina yang terselamat daripada serangan Houthi, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila. - REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Seramai 11 pelaut warga Filipina dilaporkan tiba di negara ini, kira-kira seminggu selepas mereka terselamat daripada serangan peluru berpandu Houthi di Yaman.

Kesemua pelaut berkenaan merupakan anak kapal True Confidence yang diserang kumpulan Houthi pada minggu lalu yang mengorbankan dua kelasi warga Filipina dan seorang warga Vietnam.

Kapal True Confidence yang mengibarkan bendera Barbados itu dikendalikan oleh syarikat Greece.

Kementerian Pekerja Asing menerusi kenyataan memaklumkan 11 pelaut yang terselamat menerima bantuan kerajaan apabila tiba di Manila.

Seorang anak kapal True Confidence, Mark Anthony Dagohoy mengakui  berasa sukar mengimbas kembali apa yang mereka dilalui.  

Bagaimanapun, katanya, dia berasa syukur dan berterima kasih kepada anggota tentera yang menyelamatkan mereka.

“Ketika ini, kami hanya mahu bersama keluarga kami,” kata Dagohoy pada sidang akhbar.

Dalam pada itu, pegawai memaklumkan dua lagi warga Filipina yang mengalami kecederaan parah sedang dalam pemulihan di hospital Djibouti.

Katanya, selepas selesai rawatannya, mereka akan dibawa pulang ke Manila.

Kumpulan Houthi sebelum ini menyatakan melancarkan serangan menyasarkan beberapa kapal sejak November tahun lalu bagi mempamerkan solidariti mereka kepada penduduk Palestin yang terjejas akibat pengeboman berterusan rejim Zionis di Gaza.

Serangan Houthi ke atas kapal komersial di Laut Merah menyebabkan banyak syarikat perkapalan terpaksa mengubah laluan perjalanan sekaligus mengakibatkan gangguan kepada perdagangan global.

Timbalan Setiausaha Hal Ehwal Luar, Eduardo de Vega memaklumkan kerajaan mencapai perjanjian dengan Persekutuan Pekerja Pengangkutan Antarabangsa supaya pelaut Filipina mempunyai hak untuk menolak penempatan di kawasan berisiko tinggi. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×