101 tahanan asing di Kelantan sudah dihantar pulang

101 tahanan asing di Kelantan sudah dihantar pulang

MOHD. Faizal Shamsudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan sudah menghantar pulang
101 orang tahanan warga asing ke negara asal mereka semalam selepas ditempatkan di Depot Imigresen Tanah Merah, Tanah Merah dekat sini.

Pengarahnya, Mohd. Faizal Shamsudin berkata, jumlah tersebut melibatkan 46 lelaki warganegara Myanmar, 21 lelaki (Indonesia), 12 lelaki (India) dan 7 lelaki (Bangladesh).

“Selain itu, lima wanita warganegara Indonesia, lima wanita (Myanmar), dua kanak-kanak (Indonesia) selain dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan (Myanmar).

“Kesemua tahanan dihantar pulang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang di Selangor ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Faizal memberitahu, kanak-kanak warga asing itu masing-masing dihantar pulang bersama ibu bapa mereka.

Katanya, warga asing dewasa berusia dalam lingkungan 16 tahun hingga 57 tahun manakala bagi kanak-kanak pula antara setahun hingga 6 tahun.

“Kesemua warga asing itu sebelum ini melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×