Isu sekolah vernakular: PDRM akan ambil keterangan Kok Seong 

Isu sekolah vernakular: PDRM akan ambil keterangan Kok Seong 

TEO KOK SEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis akan ambil keterangan pensyarah dan Felo Majlis Profesor Negara Profesor Emeritus, Datuk Teo Kok Seong dalam masa terdekat berhubung kenyataannya berkaitan sekolah vernakular.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM telah menghubungi Teo untuk dirakam keterangan namun beliau memohon masa untuk berbincang dengan peguamnya. 

“Temujanji akan ditentukan dalam tempoh terdekat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengulas lanjut, kata beliau, keterangan pengadu juga telah diambil oleh PDRM

“Manakala saksi-saksi lain akan dirakamkan keterangan secara berperingkat,” jelasnya.

Sebelum ini, satu kertas siasatan telah dibuka terhadap Teo susulan kenyataannya berkaitan sekolah vernakular baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan dibuka di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Teo sebelum ini dikatakan mengeluarkan kenyataan menerusi satu rakaman video di TikTok yang mendakwa sekolah jenis kebangsaan Cina menyebarkan sentimen perkauman terhadap orang Melayu.

Susulan itu, Teresa Kok (DAP-Seputeh) ketika perbahasan menggesa pihak polis menyiasat Teo berhubung perkara itu selain mempersoalkan mengapa beliau tidak disiasat, dengan membandingkan siasatan polis terhadap pemimpin-pemimpin DAP seperti Tan Sri Lim Kit Siang dan Tony Pua. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×