Laporan awal nahas udara di Kapar siap - MOT

Laporan awal nahas udara di Kapar siap – MOT

PESAWAT model BK160 Gabriel terhempas dekat Jalan Benteng Kanan, Kampung Tok Muda di Kapar, Klang dan dilaporkan terbenam ke dalam tanah gambut sedalam tiga meter.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Laporan awal siasatan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) melibatkan kemalangan udara pesawat BK 160TR di Kapar, Selangor pada 13 Februari lalu sudha disiapkan.

Menurut Kementerian Pengangkutan, ia akan dikeluarkan mengikut Annex 13 kepada
Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa1 Siasatan Kemalangan dan Insiden Pesawat (ICAO Annex 13).

Katanya, laporan Awal tersebut boleh dimuat turun di pautan: https://www.mot.gov.my/en/AAIB/report/a03-24.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan BSKU masih berterusan untuk menentukan sebab dan faktor-faktor penyumbang yang menyebabkan kemalangan itu.

“Laporan Akhir mengenai kemalangan terbabit akan disiapkan dan disebarkan secara umum dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kemalangan mengikut ICAO Annex 13,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata kenyataan itu lagi, dua mangsa yang terkorban dalam nahas udara berkenaan adalah juruterbang berumur 30 tahun dan seorang penumpang berumur 42 tahun.

Dalam insiden pada pukul 1.45 tengah hari itu, juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon dan pembantu juruterbang Roshaan Singh Raina maut dengan kedua-dua mangsa dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat di kawasan ladang kelapa sawit.

Pesawat dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 1.28 tengah hari untuk penerbangan rekreasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini