Tangkap khalwat: Jawi tidak terlibat dengan gimik artis

Tangkap khalwat: Jawi tidak terlibat dengan gimik artis

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menafikan dakwaan kononnya tangkapan terhadap dua selebriti dipercayai berkhalwat minggu lalu sebagai gimik. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menahan pasangan selebriti atas tuduhan khalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara, baru-baru ini bukan gimik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, sebaliknya serbuan dilakukan selepas menerima laporan daripada pihak ketiga.

“Sekiranya siasatan dapati ada kelakuan maksiat berlaku, Jawi tidak akan berkompromi kompromi semata-mata untuk melakukan promosi bersama selebriti atau sebagainya.

“Ia dilakukan mengikut prosedur undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya dalam sidang akhbar sempena majlis peluncuran Bulan Wakaf Kebangsaan Tahun 2024 di sini.

Baru-baru ini, seorang pelakon berstatus suami orang dan seorang pelakon wanita ditahan Jawi dipercayai berkhalwat di sebuah kondominium mewah di ibu kota pada malam Jumaat lalu.

Bagaimanapun, ada pihak mendakwa ia hanyalah gimik berikutan kedua-dua pelakon itu dilaporkan sedang menjalani penggambaran di situ.

Sementara itu katanya, Bulan Wakaf Kebangsaan akan memberi fokus kepada Wakaf Pendidikan Tinggi dan melancarkan myWaqafPTPTN hasil kerjasama strategik antara Yayasan Wakaf Malaysia dan Perbadanan Tabung Pendiditkan Ttinggi Nasional (PTPTN) serta Buku Amalan Tadbir Urus Wakaf di Universiti Awam Malaysia terbitan JAWHAR.

Mohd Na’im berkata, inisiatif itu dapat meningkatkan motivasi para mahasiswa untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Penubuhan wakaf pendidikan tinggi ini merupakan usaha yang wajar dicontohi oleh pelbagai pihak dan saya menggalakkan para ilmuwan yang ada di institusi pengajian tinggi untuk menghasilkan pelbagai kajian ilmiah yang mampu memberi pendoman kepada pemain wakaf untuk bergerak dengan langkah lebih padu,” katanya.

Dalam Belanjawan 2023 dan 2024, Kerajaan Madani menzahirkan iltizam dengan menjadikan Wakaf MADANI sebagai kerangka untuk terus memperkasa wakaf di Malaysia dan kerajaan telah memberi komitmen menyediakan pinjaman mudah berjumlah RM500 juta untuk meningkatkan pembangunan tanah-tanah wakaf. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×