Netanyahu arah penjara siap sedia terima lebih ramai tahanan Palestin

Netanyahu arah penjara Israel siap sedia terima lebih ramai tahanan Palestin

BENJAMIN NETANYAHU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan Menteri Pertahanan, Keselamatan Negara dan Kewangan untuk menyediakan ruang tambahan di penjara Israel.

Langkah itu sebagai persediaan bagi penahanan beribu-ribu lagi penduduk Palestin pada tahun ini. 

Perkara itu dilaporkan oleh portal Al Jazeera di platform media sosial X.

Memuatkan artikel berkaitan…

Arahan itu dikeluarkan selepas penilaian pasukan pertahanan Israel (IDF) dan Shin Bet mendapati ribuan lagi akan ditangkap di Gaza dan Tebing Barat sepanjang tahun 2024.

Tindakan itu akan menyebabkan ruang di penjara Israel menjadi terhad sekiranya persediaan tidak dilakukan.    

Berdasarkan kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri Israel, kira-kira 4,000 rakyat Palestin ditangkap sejak permulaan perang pada Oktober tahun lalu yang mana kebanyakannya di Gaza.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan lebih 31,000 penduduk Palestin terbunuh akibat serangan berterusan Israel di Gaza. 

Sementara itu, AFP melaporkan Raja Arab Saudi, Raja Salman dalam perutusan sempena Ramadan menggesa seluruh masyarakat antarabangsa untuk memikul tanggungjawab menghentikan `kekejaman’ yang berlaku di Gaza.

Menurut Raja Salman, peperangan berterusan di Gaza menjejaskan kemeriahan sambutan bulan Ramadan. 

“Ketika kita menyaksikan ketibaan Ramadan tahun ini, hati penuh dengan kesedihan atas penderitaan penduduk Palestin yang berdepan serangan tanpa henti.

“Justeru, saya menyeru masyarakat antarabangsa untuk memikul tanggungjawab untuk menamatkan jenayah kejam ini dan memastikan penubuhan koridor kemanusiaan dan bantuan yang selamat,” jelas baginda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini