Tiga pasangan kembar ceria di SIGS

Tiga pasangan kembar ceria di SIGS

DARI kiri, Nik Nur Maisarah Sofia dan Nik Nur Maisarah Safiya Nik Mohd. Ridhuan; Aleeya dan Amalia Amaludin serta Nur Aisyah dan Nur Adawiyah Hizwan ceria pada hari pertama sesi persekolahan di SIGS, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jelas terpancar kegembiraan pada wajah tiga pasangan yang memulakan sesi persekolahan semalam.

Pasangan kembar tersebut merupakan antara kira-kira 200 orang murid di Sekolah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim (SIGS) yang memulakan sesi pagi tahun satu di sekolah tersebut.

Guru Besar SIGS, Rosmawati Mohamed berkata, terdapat beberapa lagi pasangan kembar yang belajar di sekolah tersebut.

Tiga pasangan kembar tersebut, Nik Nur Maisarah Sofia dan Nik Nur Maisarah Safiya Nik Mohd. Ridhuan, Aleeya dan Amalia Amaludin serta Nur Aisyah dan Nur Adawiyah Hizwan.

Terdahulu Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan bersama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin dan Pengarah Pendidikan negeri, Hanafi Samad mengadakan lawatan serta meninjau sesi persekolahan hari pertama di sekolah tersebut.

Azman turut melawat kelas prasekolah serta melawat kelas tahun satu serta beramah mesra dengan murid-murid.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekolah tersebut mendapati sesi persekolahan berjalan lancar dengan kehadiran ibu bapa yang teruja melihat anak-anak mereka melangkah ke alam persekolahan.

Ibu bapa juga dibenarkan masuk ke kawasan sekolah untuk melihat sesi persekolahan pada hari pertama anak-anak mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×