YBR salur RM50,000 buat 500 pelajar di Kuching - Utusan Malaysia

YBR salur RM50,000 buat 500 pelajar di Kuching

FADILAH Yusof pada Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Yayasan Bank Rakyat di Kuching, Sarawak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan persekolahan RM50,000 kepada 500 pelajar di Kuching, Sarawak bagi membantu sesi persekolahan  anak-anak di negeri itu.

Bantuan melibatkan  murid sekolah rendah dan menengah dalam kalangan asnaf dan keluarga B40 dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan Bank Negara Kuching.

Simbolik penerimaan replika cek bantuan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof di Institut Dewan Kampung Malaysia Jaya, Petra Jaya.

Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang berkata, bantuan itu secara tidak langsung dapat meringankan ibu bapa dalam mempersiapkan anak-anak bagi sesi persekolahan yang baharu bermula esok.

“Saya amat menyokong inisiatif bagi membantu mereka yang memerlukan dan semoga bantuan ini akan membantu lebih ramai pelajar di masa akan datang,” katanya di dalam majlis itu.

Dalam pada itu, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, jumlah bantuan yang disalurkan kepada murid-murid itu adalah kecil namun diharapkan memberi sedikit kegembiraan dan sebagai tanda kasih sayang dan ingatannya kepada mereka yang kurang bernasib baik.

“Semoga bantuan ini menjadi pencetus untuk murid-murid merasa seronok untuk ke sekolah serta mendapat pendidikan yang sama rata sama seperti yang lain,” kata beliau.

Bagi 2023, seramai 10,726 murid telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.75 juta yang melibatkan 31 lokasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×